Khamis, 7 Mei 2015

Kuatkah Aku...

Tajuk tue mcm nak putus harapan...

Bak macam saya pernah kata....sejak dua menjak nie mcm2 saya dengar...semua org berhampiran saya pregnant...ada yang nak berahsia tapi tak kena gaya..ada yg excited bagi tau sampai x dan dan...ada yang mcm2 la...aku just dengar dan dengar....jauh disudut hati aku tersimpan luka yang dalam hingga aku sendiri pun tak tau nak wat mcm mana...my husband always with me..

Dia sentiasa positif dalam bab2 semangat nie..aku ja yg lebih2 touching...Whats should I do???Xpa korang best...senang dapat....huhuuu....thats mean no need to mention or compare each other...

Semakin hari badan aku semakin lemah dan tak bermaya...otak aku asyik memikirkan kesakitan yang teramat aku tanggung hingga x mampu membuka bicara dengan sesiapa saja...just silent mood!! silent..and silent....bukan nak jealous tapi ada sebaliknya yang membuat aku lebih terasa teruk...aku x minta dan aku juga tak nak benda nie terjadi...just sensitif ja dengan orang persekitaran kita...

Aku nak apply leave sebulan tanpa gaji..tapi tak diluluskan...ntah la mood nak kerja dah tak da..semua ke laut...pergi dan terus pergi....bukan tak cuba memotivasikan diri cuma x larat dah nak tanggung semua nie...huhuuuuuu....ermmm...ntah la cuba bertahan kot sebulan dua lagi...kalau still x mampu  i will move to new enviroment....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan