Sabtu, 19 Mac 2011

Bihun Sup

Bihun sup Utara


500gm daging lembu
2 ulas bawang merah besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia untuk dikisar dan ditumis
1 sup bunjut adabi (dibuka bunjutnya)
2 sudu serbuk sup adabi
ubi kentang 5 biji
daun awang dan daun sup dipotong
bawang goreng


Cara-cara memasak

1. Daging lembu dipotong ikut citarasa.
2. Bawang merah, bawang putih, halia, sedikit kunyit, sup bunjut tadi buka kainnya        untuk dikisar dan campurkan sekali serbuk sup. (kisar).
3. Tumis halia dan masukkan kayu manis,kas-kas dan halba campur sehingga naik bau. Kemudian bahan yang dikisar tadi tumiskan sehingga naik bau.
4. Masukkan daging yang dipotong tadi, letakkan air mengikut citarasa kita.
5. Rebus sehingga empuk dan kemudian masukkan kentang. Apabila kentang sudah empuk, masukkan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang tadi.
6. Tutup api. Rebus bihun dan letakkan sedikit kunyit sekiranya anda mahu bihun itu berwarna kuning.
7. Siap dihidangkan.


(Sekiranya anda ingin sup pedas dan rasa lebih enak..boleh masukkan cili api dan sedikit air limau kasturi diperah ke dalam sup anda)


Selamat Mencuba......:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan