Bihun sup Utara
500gm daging lembu
2 ulas bawang merah besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia untuk dikisar dan ditumis
1 sup bunjut adabi (dibuka bunjutnya)
2 sudu serbuk sup adabi
ubi kentang 5 biji
daun awang dan daun sup dipotong
bawang goreng
Cara-cara memasak
1. Daging lembu dipotong ikut citarasa.
2. Bawang merah, bawang putih, halia, sedikit kunyit, sup bunjut tadi buka kainnya untuk dikisar dan campurkan sekali serbuk sup. (kisar).
3. Tumis halia dan masukkan kayu manis,kas-kas dan halba campur sehingga naik bau. Kemudian bahan yang dikisar tadi tumiskan sehingga naik bau.
4. Masukkan daging yang dipotong tadi, letakkan air mengikut citarasa kita.
5. Rebus sehingga empuk dan kemudian masukkan kentang. Apabila kentang sudah empuk, masukkan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang tadi.
6. Tutup api. Rebus bihun dan letakkan sedikit kunyit sekiranya anda mahu bihun itu berwarna kuning.
7. Siap dihidangkan.
(Sekiranya anda ingin sup pedas dan rasa lebih enak..boleh masukkan cili api dan sedikit air limau kasturi diperah ke dalam sup anda)
Selamat Mencuba......:)
Memaparkan catatan dengan label Resipi Warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Warisan. Papar semua catatan
Sabtu, 19 Mac 2011
Jumaat, 18 Mac 2011
Kek Coklat...
Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Susu krimmer. Tin kecil. Kalau tin besar, guna ¾
Telur ayam 4 biji kalau besar dan 5 biji kalau kecil.
1 cawan minyak masak.
1 camca baking powder.
1 camca soda bikarbonat.
Air masak tengah mendidih 1 cawan.
Ayakkan tepung, baking powder, soda,koko sekali.
Sementara itu, jerang air,sementara air mendidih, minyak masak, gula, susu pukul dan kemudian tuang dalam tepung. Kemudian itu, blender telur ayam tadi.
Masukkan minyak masak, gula, susu yang dah dipukul tadi kedalam tepung yang telah diayak dan kemudian ambil air yang sedang mendidih, tuang kedalam adunan, kacau-kacau.
Telur ayam yang telah diblender tadi masukkan kedalam adunan, kacau-kacau sehingga sebati. Masukkan kedalam acuan, kukus. Pastikan periuk kukus betul-betul panas. Selamat mencuba.
Langgan:
Catatan (Atom)
