Sabtu, 18 Jun 2011

Mentari Senja


Kedengaran bunyi ungas2 hutan kelapa...burung2 berkicauan...aku terpukau seketika..
aku sedar indah ciptaan tuhan kerna matahari masih mampu bersinar...
*syrapppppppp!!! Aduh....hentaman kuat pada punggungku..mau berkecai isi2 yang melekat pada tubuh kecilku..Sakit teramat...Aku berlari masuk hutan kerna takut kena kali kedua...menyusup melalui celahan2 pokok renek untuk melintasi kampung sebelah...Lalu kurasakan bawah pohon jambu lebih selamat....Alhamdullillah...Dunia ini masih hak aku..nasib aku menyelamatkan diri..kalau tidak hancur isi ku dek kemarahan ayahku...Bukan apa..adikku menangis sebab aku leka bermain tanpa mengayunkan buaian nya...linangan air mata dipipiku mengambarkan sakitnya hatiku berbanding sebatan pohon bemban tadi....tanganku berjalur2 merah..sakit bukan kepalang...degus hati kecilku....
Hari beransur senja..Aku tahu semua orang sedang mencari aku..aku ketakutan dek hentaman lagi...aku terlampau takut..andai dituris kulitku tiada kuar darah kerana ketakutan menyelubungi hatiku...*ana...kuar...hari dah senja.." Suara ibuku memanggil perlahan2..Ku jenguk perlahan2...mak!! aku memeluk mak kuat2...kini ku rasa selamat...
Perlahan2 pintu dikuak dan aku masuk perlahan2 kerumah....semua orang leka dengan kerja masing2...mak kata ayah kuar ke pekan..Segera kucapai tuala lalu aku bergegas mandi..dan kemudian nek ke atas untuk tido...
"vrommmm!! vrommmm!"
Enjin moto yang sudah kukenali...mata ku pejam rapat.. Ku lihat abang2 ku semua terdiam dan sibuk menyiapkan kerja sekolah...tanpa menghiraukan kehadiran aku...
Ku tertidur dalam dakapan seribu keresahan..."ana..bangun skolah" suara mak mengejutkan aku dari tidur. Aku segera bangun. Aku terlalu liat ke sekolah..aku tak mahu disebat lagi..Aku bergegas mandi dan kesekolah...
*Hari2 aku lalui seperti biasa...sehingga malam kejadian itu..apa salah n dosaku amukan kali ini sangat tragis...aku digodam bertubi2...baju ku di buang ke telaga buruk..kasut sekolahku di hiris dengan pisau...yang ada sehelai sepinggang..Dengan parang panjang..ayah menghalau aku dari rumah..apa salah aku pun aku tak tau.. tiba2 ayah mengamuk begitu sekali..sedih bukan kepalang...Aku menangis. Mak tak berkata apa2...Ayah kata sepulangnya dari pekan jangan ada muka ku dirumah itu lagi..mana aku nak pegi malam2 buta nie...aku takut ngan kawasan umah dipenuhi hutan kelapa...Gelap gelita...Mak terpaksa menjaga 2 adikku yang masih kecil...Abang2 ku masih mendiamkan diri..Tiada sapa nak selamatkan aku kerna semua takut pada ayah...Abang dan mak menghantar ke rumah mak long ku..Disitu aku tinggal selama seminggu..kosong hidupku...semuda usia 9 tahun aku dihalau dari rumah..Apa salah aku??
Seminggu sudah berlalu..sesi persekolahan akan bermula..cuti pengal pertama berlalu..selama cuti aku x lalui kegembiraan macam budak2 lain..Aku hanya menangis megenangkan tiada siapa yang sayangkan aku..Mak Long n Pak Long memujuk2 aku...Puas sudah ubat penawar diberi supaya aku mahu pulang kerumah..aku enggan..Orang sekeliling mengatakan aku terlalu degil dan sebab itu aku dipukul. Mereka tidak pernah berada pada tempat aku..Aku takut pada semua hentaman pada tubuhku..kalau boleh pilih jalan ke alam barzakh aku segera lakukan pada ketika itu.Pada saat aku belum mengenal apa itu akhirat...Aku segera memohon agar Allah segera mengambil nyawaku...Seorang kanak perempuan kampung yang belum mengenal apa itu agama kerana waktu itu tiada pendedahan khusus...
Setibanya dirumah semua sunyi sepi..Aku lalui seperti mereka bukan keluargaku...Aku diberhentikan sekolah..Kulihat abang2 ku khusyuk pada kerja sekolah...padahal mereka turut takut pada ayah..Ayah sangat garang..Pantang silap sikit..
Pak Long aku menyekolahkan aku...Sejak itu ayah dah tak lagi ambil tahu perjalanan sekolahku..panas baran ayah masih belum redha...

*Ku berpindah dirumah baru..tiada lagi ungas2 hutan..burung hantu yang berbunyi kala senja menjadi pengantara malam dan siang..tiada lagi bau tanah pada pakaian ku..tanah sawah..tiada lagi ikan sepat dan haruan..puyu...tiada lagi bunyi ayam n telur ayam kampung...Tiada lagi persahabatan erat antara aku dan rakan2 sekampung..Tiada lagi mengaji Al-Quran di Masjid..Tiada lagi jambu susu n setoi kegemaranku..Tiada lagi botol2 n tin aluminium untuk dijual belanja sekolah..Air tali air yang menjadi kolam swimming pool aku...pelam seri kaya..pelam ungu..semua sudah hilang pabila sampai ke pekan nanti..Tiada sekolah lagi...


Aku............

Kau sapa nak marah2 aku..
BUkan salah aku tapi kau mulakan dulu..
Kalau aku perfect x yah la diam macam tnggul kayu..
cuba ingat sapa yang mulakan dulu..
kan kau bukan aku..
Huuhuuu..

Time keje aku tension..
balik umah ag tension...
G mana2 pun aku tension..
Bukan pa aku nak tengok televisyen,,

Kata mak aku nie hebat..
Hahaha hebat la sangat..
Aku nie susah orang len nak rapat..
Bukan apa..berwaspadat..

Kalau dak kenai sapa aku..
kaji selidik terlebih dahulu..
Kata2 orang tak sama ngan yg difikirkan kamu...
Kena gaya...Lembutla hatiku..


Stai aku x sama..
Kalau nak tegur kena ada gaya..
Kalau tegur melulu ja..aku pun nek arr angin kat kepala..
Bukan pa...masa mengajarku semua..
Aku nak jadi baik macam orang len gak
Tapi tolong didik jangan nak tengking ja..
Aku kalau macam tu mula la...
Mai la tengok macam mana aku punya rupa...


Bukan mara tapi tersinggung ja..
Sapa tue biar laaaa....
Tapi aku nie kan rock gila...
hahaaaa....positif thinking pun ada hadnya..
Hahaaaa...papa pun wat eva la...


Aku punya suka la...
Angpa wat apa pun aku tak kata apa
so nak tegur tue ada tekniknya...
bukan apa...kata dah dewasa..
Kalau dewasa lagi banyak pengalamannya...
Come on la...teladankan generasi bawah kita
heeeee.......beri peluang kedua


Dekati dia...kenali dia...kena gaya...pahala la..buat orang len jadi baik..


p/s: Aku belajar dari apa yang aku lihat...wuahahaaaaaa........

Kenapa macam nie..tak macam tue...?!!!

Kadang2 kita akan berusaha menjadi yang terbaik antara terbaik..
Kita juga akan cuba menjadi cemerlang antara yang cemerlang...
Kita juga akan berusaha untuk berubah dikala masa memerlukan kita berubah..
Tapi kenapa kita tak dapat peluang sebegitu...kenapa kita masih dianggap satu benda yang tak akan dan tak pernah berubah...
Sebagai insan atau hamba Allah kita berhak memberi orang lain peluang untuk berubah dan memperbaiki diri sendiri dan bukan dengan kita menjauhkan diri atau menafikan sebaliknya......
Sepatutnya semakin kita dewasa semakin kita kenal apa itu hakikat kejadian sifat dalam diri kita dan bukan dengan kita menidakkannya....
Apa yang berlaku kita kena sedar setiap manusia tak lari buat salah..apa salahnya yang tua tegur yang muda...
Kalau kita lebih matang..tegur dengan cara yang matang..atau kita cuba jadi yang terbaik untuk seseorang yang kita anggap belum matang...
Mendekati seseorang yang kita tak suka adalah teristimewa kalau kita dapat menjiwai wataknya....
Tak semua pertuturan kita adalah manis padahal kita tak dapat menilai perasaan kerna ia satu yang subjektif....kadang2 kita bercakap ikut sedap mulut....padahal ada hati yang terasa..ada orang jiwa sangat sensitive...awassss!!! sangat bahaya...bila kata2 kita menyinggung hatinya..makan dalam beb!!!
Kadang2 kegembiraan akan bertukar menjadi kebencian dan kekecewaan....
Kenapa dulu aku inginkan sesuatu..mak selalu pesan...*apa yang bermain dalam kotak fikiran ku itu x sama macam realiti....
Aku tak penah faham dan tak penah cuba faham..tapi sekarang aku faham apa kata2 itu benar setelah 18 tahun aku didendangkan syarahan seperti itu....
Sakit rupanya kalau apa yang kita bayangkan selama ini tak sama seperti hakikat kejadian sebenarnya...bukan apa...mak kata *bersyukur apa yang aku dapat...kerna sebalik apa yang aku ada..Allah memberi satu tayangan hebat betapa setiap pemberiannya kepada setiap manusia adalah berbeza2..........
*Kini baru ku faham apa yang tersirat sebenarnya....
Kematangan seseorang bukan pada penilaian kita...
Ku cuba cari sebuah identiti yang aku penah temui tapi hilang dan x kan kembali.....
Aku tak sukaa pada keadaan yang selalu menekan perasaan aku...aku tak suka pada tekanan..aku tak suka dimarah..aku tak suka pada perasaan benci....
Kalau leh aku tak nak semua yang dulu penah terjadi berulang kembali.....

*hahaaa saja suka2 wat drama sikit..hahaaaaa

Jumaat, 17 Jun 2011

Pengalaman.........:)

First aku diterima seagate...segala telah berubah..Dah x sama macam dulu...bak kata semua dah berubah...sedihnya macam nie....:(

Aku ditempatkan di bahagian lama aku bekerja. Sedihnya bila aku terbayang semua yang aku wat 5 years ago...Ya Allah kuatkan hati aku..aku nak semua macam dulu tapi aku tau x kan mungkin....

Aku bekerja dengan seluruh jiwa aku memberontak...Aku kadang-kala x dapat terima hakikat semua ini..Setelah memotivate diri sendiri aku sedar...Apa yang Allah beri and apa yang aku accept..Redha tue penting...Terima segala ketentuan Qada dan Qadar dengan bijaksana...

Keje situ penat...x cukup tido..berdiri 12 jam...aku tau aku kene kuat untuk tempuh semua nie..Aku kene belajar hidup susah....

Seagate x seperti yang digambarkan aku...kata orang setiap benda akan berubah..kalau x berubah bukan kehidupan namanya...Wuuhaaaa nak nangis la..Aku x sama bus ngan member2 aku...Aku nek sorang2 jer..Apa leh aku wat melainkan aku biarkan kotak minda aku penuh dengan teka-teki yang ada ka jawapannya?